0 item  

Online Gigi

by Dr Tamil

Buy Online Gigi [PDF & EPUB]

RM 20.00
+
Add to cart

Description

Buku ini memberi pendedahan mengenai rawatan-rawatan yang dilakukan oleh doktor gigi.

Kandungan buku ini juga sangat bermanfaat dan dapat membuka mata terutama mereka yang mengalami fobia untuk bertemu dengan doktor gigi.

Buku ini juga sesuai untuk dijadikan rujukan untuk para pelajar, para guru serta ibu bapa yang ingin menambah dan mengetahui lebih dekat tentang rawatan pergigian dan penjagaan gigi.

Kandungan buku ini lebih kepada rawatan gigi yang dilakukan dimana-mana klinik gigi. Bermula dari cara penjagaan gigi hinggalah rawatan pergigian yang umum. Selain itu, buku ini juga mengandungi beberapa topik bonus yang dapat menambah pengetahuan dan kesedaran mengenai cara penjagaan gigi yang lebih rapi dan betul.

Selamat membaca buku “Online” Gigi !

About the Author

Dr. N Tamilkkumaran A/L Nagoo atau lebih dikenali sebagai Dr. Tamil merupakan anak jati Batu Gajah. Beliau telah melanjutkan pelajaran tinggi ke Universiti Saveetha, India dalam bidang Bachelor Dental Surgery (BDS). Beliau berjaya menerbitkan beberapa journal mengenai pergigian dan berjaya menjadi rujukan di serata dunia.

Sepanjang 5 tahun berkhidmat di hospital kerajaan, beliau banyak membuat kempen kesedaran mengenai cara penjagaan gigi. Beliau mengambil keputusan untuk membuka klinik yang dikenali lebih sebagai LS Dental Clinic di Ipoh Perak bersama rakan sekongsi.

Bagi meningkatkan lagi tahap kemahirannya dalam bidang pergigian, beliau kemudian melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi di Universiti New York. Setelah dua tahun LS Dental Clinic Station 18 beroperasi, beliau akhirnya berjaya membuka tiga cawangan LS Dental Clinic di sekitar Perak. Disebabkan kejayaan ini beliau telah berjaya memperolehi anugerah “The 100 Most Influence Young Entreprenuers 2020”. Kejayaan ini berjaya membuktikan bahawa menjadi doktor gigi dan seorang usahawan sebenarnya bukanlah mudah. Terlalu banyak cabaran yang perlu ditempuh untuk merealisasikan impian ini.

Oleh sebab itu, beliau ingin berkongsi kepada masyarakat di luar sana mengenai asas penjagaan gigi yang betul bagi meningkatkan tahap lagi kesedaran masyarakat Malaysia. Beliau berharap agar lagi ramai masyarakat di luar sana dapat memanfaatkan ilmu dan pengetahuan tentang kesihatan gigi melalui buku ini.

Book Details

Author
Dr Tamil
ISBN
9789671940235
Language
English, Malay
Category
Dentistry
Page Count
1
Size
A5
Book Type
EPUB, PDF
Publisher
Inspiration Hub

Customer Review

No reviews yet
  • 5 star
    0
  • 4 star
    0
  • 3 star
    0
  • 2 star
    0
  • 1 star
    0

Our Location

Inspiration Hub
21-B, Persiaran Pegaga
Taman Bayu Perdana

41200 Klang, Selangor

Contact Us

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Whatsapp: 010-200 9935
Opens Monday to Friday (11am - 6pm)
Closes on Saturday & Sunday